Jangan Kecewa Dengan Ujian Hidup

  wawanse      


Indah merasa ngeri dan ngilu di hati apabila membaca banyak cerita manusiayang mengakhirkan hidupnya dengan “kematian” akibat mengalami kekecewaan. Ada yang membunuh diri dengan terjun bangunan tinggi, ada yangmenggantung diri dengan tali. Ada yang minum racun atau menyedut gas.

Ada yang makan ubat tidur secara berlebihandan berbagai cara yang memudahkan mereka “meninggalkan dunia” yang dianggap menyiksakan.Kenapa memilih “mati” sebagai jalan penyelesaian ? Bukankah hidup ini hanyasekali bagi kehidupan di dunia ini ?

KEHIDUPAN INI INDAH jika kita tahu memaknainya. Jika kita tahu menghargainya. Jangan kita sia-siakan setiap waktu yang melingkari hidup kita. Derita sengsara, miskin hina, pedih luka, gagal kecewa dan apa sahaja yang membawa kepada keperitan hidup merupakan rencah dunia yang menjadi bumbu kepada proses kebijakan manusia menghadapi semua ujian dari Allah SWT.

Banyak perkara bodoh yang dilakukan manusia semata-mata disebabkan oleh kecewa dan putus asa. Hilang seluruh kewarasan dan kebijakan sebagai makhluk yang dikurnia akal. Ternyata imannya sangat rapuh dan ranggup. Mudah terpedaya dengan tipu muslihat syaitan dan nafsu serakah. Ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah.

Jika ilmu tidak menjadi bekal kepada akal, kita akan dikuasai emosi dan mudah mengalah dengan segala cubaan.Alhamdulillah, Indah bersyukur kerana hubungan dengan Allah SWT selalu menjadi keutamaan dalam kehidupan Indah. Seperti manusia lain, Indah juga berhadapan dengan pelbagai ujian hidup. Indah yakin semua ujian yang dihadirkan itu adalah menurut kemampuan Indah.

Indah hadapi denganberlapang dada, ikhlas menerima, sentiasa berdoa, memohon perhatian Allah, membaca al-Quran bagi mencapai ketenangan dan ketenteraman jiwa dan membaca buku yang menaikan semangat hidup.Jika difikirkan segala derita yang melanda, kesedihan yang menyakit jiwa, keperitan dari segala sengsara atau kegagalan yang menyesak dada. Kita boleh jadi gila dan putus asa.

Untuk apa kita relakan diri diperbodohkan oleh perkara yang menghasut fikiran. Ilmu, iman dan amal sangat berguna bagi menjadi benteng kepada serangan penyakit jiwa. Jangan biasakan syaitan dan nafsu menguasai kita. Fikirkan segala risiko yang bakal diterima jika tersalah langkah.

Hanya kerana menurut nafsu dan emosi, kita menghumban diri ke lembah hina.Jadilah diri kita, manusia yang kuat jasmani dan kental rohani. Mampu untukmenempuh segala badai yang cuba menghapus kebahagiaan dan kegembiraan hidup yang indah ini. Seminit kita sedih, kita sudah kehilangan satu jam kegembiraan. Di sebalik semua ujian itu ada hikmah yang besar dan ganjaran yang bernilai.

Allah SWT ingin menguji kesabaran hamba-NYA bagi menghapuskan segala dosa. Di samping itu untuk meningkatkan iman dan meninggikan darjat di sisi-NYA.Berbahagialah bagi mereka yang tahu menilai betapa INDAHNYA HIDUP INI.…. bahagia itu tidak mudah diraih jika belum pernah merasa sengsara dan derita jiwa. Indah kasihku hanya dirasai indah setelah menghadapi sejuta nikmat ujian dari Yang Maha Esa. Setiap waktu, ujian itu ada, tanpa kecuali. Sungguh indah dirasa.

BAGIKAN DI FACEBOOK / TWITTER UNTUK AMAL JARIYAH
logoblog

Thanks for reading Jangan Kecewa Dengan Ujian Hidup

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment