Kisah Mayat Membaca Yasin

  wawanse      


Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi. Peristiwa ini disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser penceramah bebas yang terkemuka di Malaysia.Pada suatu hari di musim haji, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikanhaji telah mengikut seorang arab untukmengebumikan mayat seorang yang meninggal duniapada musim haji.

Makam tersebut terletak di Ma'la tempatpengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah. Carayang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayatdalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapanbulan.

selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untukmengebumikan mayat yang baru.Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang arab tersebut bertempiaran lari kerana dianampak mayat sedang bersila,bukan baring seperti kebiasaannya.

Penuntut Malaysia inimemberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untukmelihat dengan lebih jelas.Hasilnya dia mendapati memang mayattersebut sedang bersila dan mayattersebut sedang membaca Al Quran dan Al Quran tersebut memang yangasli.

Selepas dilihat seterusnya ayat Quran yang terbuka ialahSurah Yasin. Satu lagi perkaraialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya jugatidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antaramayat dengan kain kapan.Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayatseorang negro yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripadatumpahan air zam-zam.

Kerjanya tiada lain selain daripadamembersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam. Jika tiadatumpahan , dia kan duduk di satusudut Baitullah dan membaca Surah Yasin.Itulah kelebihanya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah...

Inilah yang membuatkan aku semakin berkobar-kobar untuk mengunjungiBaitullah. Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di pateridan ditandakan agar tiadamayat lagi yang akan dikebumikan disitu.

sumber :
logoblog

Thanks for reading Kisah Mayat Membaca Yasin

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment